Api kemarahan menjulang-julang,
Jiwa insani terumbang-ambing,
Aku kalah lagi...
Bangun,
Bangun dengan asa yang baru,
Tempuh perkara yang sama,
Tempuh dengan pengalaman secetek lata.
Rebah, aku kalah lagi...
Terasa dipersendakan,
Terasa diketawakan...
Aku,
Menjadi bahan mainan syaitan...
Asyik dengan kekalahan,
Ingin sekali aku menangis,
Aku sungguh-sungguh buntu,
Hala mana harus ku tuju,
bagaimana harus kubuat agar kemenangan menjadi milikku?
Letih,
Aku sudah letih untuk rebah,
Ingin kuluah tetapi minda mana kan faham?
Semua asyik menghukum...
Semua asyik...
Asyik dengan ketidakpastian...
Kenapa mata sendiri kabur?
Hampir juga buta...
Realiti yang tegap di pandangan,
Seolah-olah tiada...
Aku enggan mengaku melihatnya...
Kekeliruan yang masih merantai jiwa,
Aku perlu cahaya,
Aku perlu pembimbing,
Aku perlu... Allah...
Sinarkan mentari buat aku,
Kerana aku sudah lelah meraba dalam pekat hitam...
No comments:
Post a Comment