Aku lemas dalam kekeliruan,
Enggan keterlaluan,
Enggan terlalu memudah-mudahkan,
Aku kaku,
Dan diam...
Berpegang pada dahan yang satu,
Di saat arus sungai rakus menghentam,
Harap tak terungkai akarnya dari tanah,
Kerana aku tak mahir berenang,
Pasti aku kan ditelan air yang dalam...
Masih,
Aku manusia yang banyak cela,
Terlalu jauh daripada sempurna...
Tapi harapku agar Allah sentiasa ada,
Mengingatkan mindaku yang cepat lupa,
Agar terus-terusan kembali mendapatkanNya...
Jangan biarkan hidayah itu sirna,
Kerana aku tak sanggup hidup tanpa Allah,
Dan aku tak sanggup tanggung legap hitam hati yang mati...
Selamatkan aku,
Yang semakin lemah pegangan...
No comments:
Post a Comment