Friday, November 18, 2011

Rendah

sakit, bila kau harus senyum untuk kuatkan yang lain
sedih, bila matamu hanya boleh bergenang tanpa titis
seksa, bila semua ingat yang kau sentiasanya sempurna

Iman ini, ada naik turunnya
Hati ini, ada rasa kecamuknya
Tapi aku harus setia
Menjadi pemberi bukan penerima
Meski bukan tempatku, dipaksakan juga

Kerana sayang...
Kerana sayang...
Kerana sayang...

Aku tak sanggup membawa nama agama hanya untuk dicemari
Aku tak betah membawa nama ibu hanya untuk dimaki
Tapi siapa yang tahu?

Hanya Tuhan yang tahu...
Dan aku...

Yang lain,
Dibuta legap senyum palsu...

No comments:

Post a Comment