Sunday, October 16, 2011

Kau dan Dia

Puisi itu tak indah,
Bilamasa kau membuka aibmu di dalamnya

Air mata itu tak jernih,
Bilamasa jatuh kerana maksiat yang kau rindukan.

Kata itu tak manis,
Bila ia turut menempah murka yang esa.

Hati aku sakit melihat rakan tercinta
Menyanjung cinta ibarat mahkota permata.

Hati aku perit melihat rakan tercinta
Tewas kerana nafsu bermaharajalela.

Sungguh kata, aku bukan manusia sempurna.

Tetapi aku sakit bilamasa buruknya dosa,
Kau perlihatkan indah - atas nama cinta.

2 comments:

  1. Asalamu alaikum

    Thank you for sharing, keep up the bloglets.

    JazakAllah for following my blog, stay blessed. Feel free to email for investing advice or give me Islam advice or feedback for my blog inshAllah.

    ReplyDelete
  2. waalaikumslm.

    sure. you're welcome. ^^

    ReplyDelete