Friday, October 14, 2011

Jangan

Jangan salahkan agamaku,
Kiranya ada khilaf pada diriku.
Tetapi, pandanglah aku.

Jangan salahkan agamaku,
Kiranya terjumpa cela pada akhlakku.
Tetapi, pandanglah aku.

Jangan disalahkan agamaku,
Kerana aku yang menurut nafsu,
Dan melakukan perkara semahuku...

Setelah kau selidik diriku,
Pandanglah pula dirimu.
Dan nilai kamu,
sepertimana kau nilai aku.

Letakkan hari ini menjadi semalam,
Yang telah berlalu.

Kerana hari ini,
Kau dan aku,
Bertitik tolak menjadi insan yang baru.

4 comments:

  1. Nice lah akak aisyah..Setiap puisi yang akak cipta penuh dengan unsur pengajaran n tauladan.Go on..

    ReplyDelete
  2. hehe. terima kasih. Alhamdulillah. Ilham semua datang daripada Allah juga. :)

    ReplyDelete