bersyukurlah,
kerana kesedaran masih ada.
dan bilamana hidup sentiasa suka,
merintihlah,
kerana hatimu kan mudah lupa.
belajarlah untuk bersyukur,
belajarlah untuk bersabar,
dan janganlah kau ingkar...
cinta Allah, besar maknanya kiranya kau ada.
maka kejarlah...
cinta dunia, langsung tak membawa apa-apa.
maka buanglah...
bersihkanlah hitam hati dan tubuh,
daripada dosa-dosa yang telah berlabuh...
semoga kau, mendapat tempat di sisi-NYA...
semoga kau, kan peroleh syurga-NYA...
semoga hidupmu di dunia, bukan sia-sia...
No comments:
Post a Comment