Dihimpit ke pipi...
Air mata mengalir tanpa henti.
Suara yang semakin sekat menahan sebak,
Menakung air dalam kelopak.
Dunia baru saja memperkenalkan diri,
Aku sudah rebah...
Rupanya begini warna manusia,
Pelbagai rupa...
Sabar, kata dia...
Puasa, kata dia...
Aku yang sedikit tenang,
Belajar untuk ketawa.
Ah, tak semua akan suka,
Jangan kau bimbang...
Yang pasti, Allah ada.
Allah akan sentiasa ada untuk meneman,
Allah akan sentiasa ada untuk memujuk,
Allah akan sentiasa ada untuk mendengar...
Cukuplah Allah saja untukmu,
Dunia dan seisinya tak akan mampu mengganggu.
No comments:
Post a Comment