Tuesday, November 17, 2009

Dadah

Daun yang memerah warna ceri
Tampak indah pagi ini
Ditemani dengan mendungnya awan
Dinginnya air

Tutup sahaja mata
Terasa
Indahnya ciptaan yang Maha Esa

Aku menung lagi
Melayan pemikiran sendiri
Terasa kepingin untuk menulis puisi

Lalu aku lenakan mindaku
Lembutkan nafasku

Kemudian,
Berlayar ke alam khayal itu...

Tak perlu heroin atau kokain,
Kerana aku sudah khayal lihat alam ciptaan-Mu

No comments:

Post a Comment