Thursday, November 19, 2009

Jutawan Fakir

Kau kerja keras
Pagi petang, siang dan malam
Hanya untuk dapatkan kepingan-kepingan kertas
bercetakkan nombor serta bercorak
Kau hu-ha sama orang-orang berpangkat
Kau makan minum di hotel yang bertingkat-tingkat
Tapi,
senyum pada wajah kau tak pernah lekat.

Benar, kau kaya
Benar, kau boleh beli apa saja
Benar, tiap malam kau bersuka ria

Tapi sayang, kau fakir sebenarnya...

Kau miskin kawan,
Kau miskin senyuman,
Kau miskin pahala,
Kau miskin segala-gala...

Hakikatnya, kau tak pernah kaya...

Dan wang itu cuma kertas semata,
Dan kawan hu-ha itu sementara saja,
Dan barangan mewah itu langsung tak punya makna...

Sambil taip papan kekunci, air muka kau kerut...
Sambil duduk suka gembira, kau hisap cerut...
Walhal setiap saat hidup, hati kau macam ribut,
Minda kau serabut,
Engkau kalut.

Ya, benar engkau jutawan
Tapi kau Jutawan Fakir...

Kerana kaya mana pun aset dalam genggaman,
Kau miskin kebahagiaan...
Dan sebenarnya,
Hanya itu yang kau mahukan...

4 comments:

  1. Dalam dunia serba moden...inilah hakikat yang kita terpaksa hadapi...kita mengejar kemajuaan kerna takut kemunduran...tapi kita lupa bahawa kita terlupa banyak perkara...puisi yang bagus...mesej yang mendalam...tidak terhad kepada warga pekerja yang dahagakan kekayaan,namun kepada para pelajar,seringkala kita mengejar 'A', tapi nilai 'A' tersebut hilang sekiranya tidak 'A' dari sudut yang lain...

    ReplyDelete
  2. aku suka ini.people live in a lie.they created their own stupid so-called-urban-life and live in it,they even proud of it.

    ReplyDelete
  3. its nice to know that people get the message. :)

    awk suka tulis puisi?

    ReplyDelete