Hati yang semakin membusuk
Menyeksa iman yang masih tersisa
Hasutan yang semakin masyuk
Membuat syaitan menari gembira
Aku yang ada waktu
Teringat dan selebihnya terlupa
Masihkah mahu dipandang Dia
Yang Maha Esa?
Tuhan yang begitu penyayang, membuatkan aku serba malu
Bila mahu meminta
Bila mahu memujuk
Bila mahu...
Bila mahu...
Bukanlah aku ini seperti yang dilihat pada mata kasar
Celanya merata,
Tapi tidaklah pula aku mahu cerita,
Dan menjaja maruahku seperti kuih raya...
Terkadang air mataku menemani malam
Memikirkan nasibku kelak di sana
Dosa yang sekian lama terpendam
Akan terpapar nyata di hadapan semua
Namun ku tegar
Selagi hayatku masih segar
Aku mesti berusaha
Meronta melawan nafsu menolak dunia
Agar hidup sebenarku nanti
Yang mana ku kan hidup selamanya dan tidak mati
Bukan ditemani api.
Monday, July 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment