Saturday, March 20, 2010

Kekecewaan

Ini hanya satu cerita
Yang mana angin selalu dijulang sebagai permulaan
Yang mana tragedi selalu diletak sebagai pengakhiran
Yang mana hujung ayatnya pasti ada tangisan

Ya ini hanya satu cerita
Yang kedua dan ketiganya belum ada
Sedangkan pokok pun belum layu
Jangan kau pilih untuk tumbang dahulu

Ini hanya satu cerita
Kecewanya kecil sahaja
Sakit dan luka boleh dielok semula
Marah dan sayumu akan reda
Jangan putus asa

Bangun semula dan angkat mata penselmu
Genggamnya erat coretkan langkahmu
Mulakanlah pula, cerita yang kedua
Dan kali ini,
Pasti tak akan kecewa.

Kerana langkah itu, pasti kan lebih baik dari yang dulu.

2 comments: