Teratai air apung sambil jijik
Air bawah punggungnya kotor dengan makanan
Biji keembung terbang sambil sesak
asap penuh dalam angin kiri kanan
Pokok jalanan menangis teresak-esak
Tubuh dicucuk ditikam ditebuk dek iklan
Siapa dengar?
Siapa nampak?
Siapa peduli pun?
Apa rasa kau andai kau jerit orang tak endah?
Andai kau menangis orang tak pandang?
Andai kau sakit orang tak kasihan?
Sendiri mereka tak minta hidup begini
Bukan mereka yang buat semua ini
Tapi mereka yang tanggung perit ini
Mahu aku ambil paku cuba cucuk kamu?
Mahu aku ambil air basi cuba rendam kamu?
Mahu aku ambil ekzos sumbat muka kamu?
Mahu??
Mereka hidup, kau lupakah itu?
Mereka bernyawa, kau tak tahukah itu?
Mereka punya rasa, kau tak sedarkah itu?
Aku tak lupa...
Aku tahu...
Aku sedar...
Jika boleh, mahu saja aku ambil teratai bawa masuk kolam bersih
Mahu saja aku ambil kemboja bawa tempat nyaman
Mahu saja aku ambil pokok, peluk cakap jangan menangis...
Mahu saja aku...
Jika boleh, mahu saja aku cucuk kamu dengan paku
Mahu saja aku rendam kamu dalam air basi
Mahu saja aku sumbat muka kamu dalam ekzos
Mahu saja aku...
Tapi aku siapa?
Jika boleh, mahu saja aku...
mahu saja aku nanges bce ni poem la!
ReplyDeletesusah payah makhluk ALLAH yg laen.
huhu...
ReplyDeleteaku dpt idea wktu tulis literature sal the sound machine.
begitulah hidup ini...
ReplyDeletehendak menjerit...
suara tiada...
hendak menangis...
tidak keluar air...
kerana Dia...
bersabarlah aku...
thanks dhamah syifflah.
ReplyDeletekurg2, ada yg mgerti.
hati manusia boleh diteka,
hati yg lain TAK SIAPA tahu...
sesungguhnya Allah maha mengetahui...
ReplyDeleteaku memanglah tidak tahu...
kerana itu usahlah menipu hati...
kau tidak mampu menipu hatimu...
jika engkau mampu...
tertipulah Dia...
poem ni best huhu
ReplyDelete