Friday, May 8, 2009

Khayalan



rintik-rintik hujan
mengiringi rintik-rintik peluhku
beriringan bersama titis-titis air mataku
tersedarku daripada lamunan
yang membawa khayalanku jauh...
jauh dari realiti dunia.
bukan maksudku untuk melarikan diri
lari dari dugaan,
lari dari tanggungjawab,
lari dari kehidupan...
tetapi,
untuk seketika,
aku ingin menikmati,
keindahan dunia angan-angan
biarpun semuanya kepalsuan yang nyata
hanya untuk seketika,
aku ingin percaya,
bahawa harapan itu,
memang masih ada...

No comments:

Post a Comment